Sabtu, 12 November 2011

CM MUST INTERVENE ‘SUKAU TRAGEDY’





DATUK Dr. Jeffrey Kitingan, is urging the Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman, to take an urgent step to intervene into what it calls the ‘Sukau Tragedy’ in which houses are being bulldozed by a company which wants natives to vacate an NCR land.
In an urgent appeal made here, the UBF Chairman, reported that he had just returned from a visit to the site of Kampung Km. 6, Jalan Sukau, Sandakan where he personally witnessed the debris of two houses which have already been bulldozed by Syarikat Campo Sdn. Bhd. which claims to have receive the title to the land, and considered the people there as intruders although they have been there since 1989.
“The Tombonuo natives of the village had applied for the land since then but their application was never processed,” he said.
“But strangely the said company, owned by Dato’ Naser Yeo, Azlan Naser, and Kan Kan Mun, claims to have received the title to the land in 2008. But the record shows that the RSP for the land was issued only last year. Clearly there is a discrepancy somewhere, possibly due to some hanky-panky.”
He said the village head, Kattif Kussoi, had informed him that the villagers are really distraught by the whole development, and are asking for the authorities to do something. Unfortunately, no party seems to he interested in helping them.
“Several villagers even reported to me that the local assemblyman was in his car during the operation to bulldoze the houses, and even at one point urging the bulldozer’s driver, ‘Tunggu apa lagi?’ (What else are you wating for?),” he said. “If this is true, it proves that the assemblyman is in cahoots with the company.”
Jeffrey lamented the fact that before issuing the land title to the company, the Land and surveys Department didn’t even bother to inspect the land to see if there were already occupants on it.
“And it is also unbelievable that the department would have been unaware that there are 29 original applicants to the land,” he added. “As of today 11 applicants have withdrawn their applications, leaving 18 remaining applications.”
He said that if the State Government is truly concerned for the people, the Chief Minister would immediately order a stoppage of the company’s ‘inhuman rampage’ against the poor natives. “This incident is unconscionable,” he said. “And a government who claims to defend the people cannot allow this to happen.”
He propose that the State Government must sit down to form a special task force to look into all cases involving this kind of land grabs that violates the people Native Customary Rights.
“This kind of cases have been rampant in Sabah , to the point that the Malaysian Human rights Commission (Suhakam) has been involved very deeply in it,” he urged. “But sadly, there seems to have been no solution, and the inhuman act, which seems to suggest we are living in a despotic authoritarian regime, is still happening.”
He said the people are feeling that the government leaders and officials are now so corrupt that they no longer have any feeling for the people, but are working with big companies for their personal interests.
“They feel that even the laws are no longer able to protect them,” he lamented,” he said. “Why is the government continuing to turn blind eye on these cases when the people are repeatedly being reassured that only the Barisan Nasional can guarantee their wellbeing and future? Can the government really pretend to be deaf while the people continue to be victimized and marginalized at the benefit of big companies from outside Sabah?”
[credit: RAYMOND B TOMBONG/sabahkini]

Jumaat, 11 November 2011

Fidel Castro Prediksikan Datangnya Kiamat

HAVANA (Berita SuaraMedia) – Mantan pemimpin Kuba, Fidel Castro akan menghadiri sesi khusus di parlemen pada hari Sabtu (31/7) waktu setempat. Kemunculan itu menjadi kemunculan perdananya dalam ajang resmi pemerintahan sejak didera penyakit parah empat tahun yang lalu.

FIESTA SANDAKAN PEMBUKA TIRAI PELANCONGAN



SALAM....Liew sedang bersalaman dengan seorang pelancong di Lapangan Terbang Sandakan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
PERMULAAN Sambutan Fiesta Sandakan 2011 di Lapangan Terbang adalah satu langkah yang tepat sebagai pembuka tirai ‘Selamat Datang Ke Daerah Sandakan’; merupakan simbolik mengalu-alukan orang luar melawat ke Sandakan yang kaya dengan daya tarikan pelancongan yang berteraskan hutan semula jadi.
Peningkatan pergerakan pesawat dan penumpang dengan mengambil kira daya tarikan sedia ada dan pembangunan yang berterusan memberi impak kepada jumlah populasi di daerah ini.
Pergerakan pesawat pada tahun 2011 dijangka akan meningkat sebanyak 4% peratus berbanding tahun 2010, manakala penumpang mencatatkan peningkatan sebanyak 6% peratus berbanding pada tahun berikutnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Festival Sandakan 2011 di Lapangan Terbang Sandakan, pagi kelmarin.
Liew yang juga Ahli Parlimen Sandakan menjelaskan, berasaskan peningkatan jumlah pergerakan pesawat dan juga penumpang yang kian meningkat dari tahun ke tahun, memang wajarlah lapangan terbang Sandakan ini dinaik taraf untuk menjadikan ia lebih kompetatif dengan lapangan terbang yang sedia ada di negara ini.
“Saya difahamkan sambutan di Lapangan Terbang ini diadakan selama dua hari bermula hari ini 9 November hingga 10 November 2011, berbagai-bagai acara selingan turut diadakan, “ kata V.K.Liew yang turut mempelawa penyertaan orang ramai.
RASMI...Liew sedang memalu Gong sebagai simbolik tanda perasmian tersebut sambil disaksikan James Wong.
RONGGENG...Tarian Ronggeng Jawa turut dipersembahkan di majlis tersebut sebagai tarikan pelancong.
Dalam kontes ini, kata V.K.Liew, kita harus menggunakan Lapangan Terbang ini bukan sahaja sebagai tempat ketibaan dan pelepasan; bahkan turut memakmurkannya dengan terus mengunjungi kedai-kedai yang turut menawarkan produk yang bersesuaian dengan cita rasa masing-masing.
V.K.Liew turut merayu operator serta agensi yang berkhidmat di Lapangan Terbang agar terus menyediakan perkhidmatan yang baik, bersopan santun dan berkualiti demi menjaga tata susila serta imej negara di mata luar.
“Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak jawatankuasa induk dan jawatankuasa kecil sambutan atas usaha murni dan kejayaan menganjurkan majlis seumpama ini dan saya mendoakan agar majlis ini berjalan dengan lancar dan terus mendapat sambutan dari orang ramai demi kemakmuran daerah Sandakan yang kita sayangi ini,” ujarnya lagi.
Sebagai pengisian majlis sambutan tersebut yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4 Petang telah diserikan dengan pelbagai persembahan tarian kebudayaan etnik dan persembahan nyanyian serta pameran produk-produk tempatan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Ir James Wong; Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Mohamed Fazil Mohd Ali; pegawai kanan kerajaan Negeri dan Persekutuan, termasuk ahli-ahli korporat.

UMNO SUKA PUTARBELIT KENYATAAN DAP





Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannya sebagai ‘nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata tidak langsung dipandang.’
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnya setelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat.
Beliau turut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan oleh individu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat. Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponen pakatan tersebut.
“Ini hanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurutnya, tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utama yang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakal diambil.
“Janganlah bila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengan keputusan pakatan itu tidak betul,” jelasnya.
Sambil menyorot kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawa kerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaan penjawat awam.
“DAP belum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ini sudah perintah lama, lebih 50 tahun, tapi isu ini pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000 anggota perintis TLDM itu?” ujarnya.
Pada 26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan bagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggota apprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.
Bagaimanapun, lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihak berkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.
“Kenapa sampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawab isu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?,” ujarnya lagi.

JALAN DI LABUAN SEMAKIN BEROMBAK



Saudara Pengarang,
KAMI penduduk Labuan menggesa Menteri Kerja Raya dan Ketua Pengarah JKR meluangkan sedikit masa untuk melawat Labuan dan melihat sendiri jalan raya di pulau kecil ini, terutama di Jalan Tun Mustapha, Jalan Kerupang 1 hingga 3, Jalan Pohon Batu dan yang paling teruk ialah Jalan Sungai Benua sampai ke Jalan Bukit Timbalai.
Keadaan kesemua jalan tersebut seperti menaiki perahu dari Labuan ke Menumbok. Entahlah macam mana keadaan jalanraya di pulau kecil ini sampai tahap seperti ombak di laut.
Kami amat hairan kerana seolah-olahnya Menteri Kerja Raya tidak ada duit untuk mendapatkan kontraktor yang mahir membuat jalan dengan sekaligus daripada dapat kontraktor yang kami sentiasa kelihatan cuma berapa orang warga asing dan sebuah lori 3 tan yang membaiki jalan lubang.
Kami percaya setiap lubang yang dilapis dituntut di jabatan JKR bukan murah dan masalahnya ialah setahun berapa kali yang kami lihat, di tempat dan lokasi yang sama juga diperbaiki. Jalanraya di Labuan tidak rata dan amat berbahaya kepada semua penguna jalanraya di pulau ini.
Berapa kes kemalangan maut seperti di Jalan Tun Mustapha kerana jalan tidak rata, seperti komen oleh pihak Ketua Polis Labuan di sebuah surat khabar kelmarin.
Kami memohon agar dibina lampu isyarat di beberapa lokasi di Labuan seperti berikut:
1- Jalan Simpang Pulau Buah
2- Jalan Simpang Kerupang 3 (Sekolah Rendah Kerupang)
3- Jalan Durian Tunjong (Hadapan Kedai Hup Huat Supermarket)
4- Jalan Masjid (Depan Pejabat SESB)
Kami juga mendesak Pihak Trafik dan Unit Peronda Polis agar mengambil tindakan menyaman kenderaan yang meletak di depan Kedai Kopi 126 hingga ke RHB bank pada waktu malam dan waktu siang.
Manakala di belakang Milimewa pula tanpa belas kasihan, para pemandu terus masuk ke dalam karaoke atau kedai kopi tanpa mempedulikan orang lain sehingga menghalang atau mengancam keselamatan pengguna jalanraya.
Jalan tersebut ialah Highway di depan Kedai Kopi 126 dan ada garis putih memang tidak boleh berhenti atau meletak kenderaan. Namun kebanyakan pemandu degil dan meletak kereta sesuka hati seperti jalan tersebut milik mutlak keluarganya.
Jika Polis Trafik keluarkan saman, tidak payah dilayan jika mereka meminta dikurangkan kadar kompaun kerana kita tidak mau sebarang kemalangan berlaku; barulah mahu mengambil tindakan.
Setiap pemandu harus tahu bahawa mereka tidak boleh meletak kenderaan mereka sesuka hati dengan alasan tiada parking. Kalau menurunkan penumpang atau berhenti sekejap untuk masuk ke klinik atau menurunkan orang sakit atau orang kurang upaya lainlah ceritanya.
Kes yang kami adu ialah pemandu yang minum di depan kedai kopi tanpa peduli penguna jalanraya yang lain dan kami rasa pemandu tersebut hanya mahu menunjuk kereta mewah dia pada semua orang dalam kopi kerana kononnya hanya dia mempunyai kereta sport atau ninja king.
Harap masalah tersebut di atas akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.
Salam Hormat.
LABUANITE

STIGMA PENGERUSI JKKK KG TUAWON?





Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada artikel ‘Kurup Dikencing JKKK sendiri’. Saya mengucapkan syabas kepada laporan yang diberikan oleh Legasi Simboun yang lantang dan berani membela rakyat yang terpinggir.
Memang benar apa yang dilaporkan oleh Sabahkini.net mengenai kepincangan oleh pemimpin masyarakat di kampung Tuawon. Sebagai penduduk yang tinggal berhampiran dengan kampung ini, saya telah mendengar banyak masalah ditimbulkan oleh orang tersebut.
Beliau tidak menjaga kebajikan penduduk di kampungnya. Beliau juga memulaukan mana-mana pihak yang menentang beliau.
Menurut cerita, beliau telah mendapat sumbangan berupa dawai BRC yang dipohon oleh penduduk. Namun apabila sumbangan itu diberikan oleh wakil rakyat (Adun atau Ahli Parlimen), dawai BRC itu tidak diberikan kepada penerima. Dawai itu telah digunakan oleh beliau sendiri untuk membina sebuah kandang babi.
Mengenai permohonan lot di kampung itu untuk tujuan penanaman kelapa sawit dengan kerjasama SLDB, orang luar yang tiada kaitan dengan kampung itu diminta untuk menukar alamat kad pengenalan dengan alamat kampung berkenan.
Saya bersimpati dengan mereka yang disingkirkan sebagai peserta walaupun mereka orang jati di kampung itu. Kuasa yang ada pada JKKK sangat kebal dan suara penduduk tidak mampu menentangnya, apatah lagi untuk mendapatkan simpati.
Semoga wakil rakyat di kawasan ini membaca laporan tersebut dan menelitinya. Permohonan lot peserta SLDB bagi kawasan Kg.Tuawon perlu diteliti secara terperinci sebelum terlewat.
Ada tanah susah, tiada tanah pun susah.
Salam,
WAINOI
Kg. Mansiat, Sook.

12 PELAJAR ANAK ANGKAT PEMUDA UMNO



PERANGSANG…Jamawi (tengah) ketika memberikan kata perangsang kepada para pelajar yang terpilih menjadi anak angkat Pemuda Umno Tenom pada majlis tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
SERAMAI dua belas orang pelajar dari lima buah sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di daerah dipilih menjadi anak angkat kepada Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata, program tersebut merupakan pendekatan pergerakan itu bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan, namun berpotensi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki.
“Kami memilih dua orang pelajar dari setiap sekolah bagi yang bakal menduduki (SPM) dan seorang bagi yang bakal menduduki peperiksaan (STPM). Pemilihan mereka dilakukan oleh pihak sekolah,” katanyaketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dan penyampaian bantuan kepada pelajar terlibat di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom baru-baru ini.
Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, antara pelajar yang dipilih datangnya dari SMK Tenom, SM St Anthony, SM Entabuan, SM Chung Hwa dan SMK Kemabong. Mereka bukan sahaja dibantu dari segi kelengkapan bagi menghadapi peperiksaan, juga turut dibantu dari segi kewangan bagi meringankan beban ibubapa mereka.
Tambah Jamawi lagi, program ini merupakan pendekatan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom dalam usahanya melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendidikan sebagai kesinambungan dengan program yang telah dilaksanakan sebelum ini.
“Kita melihat ada pelajar yang kurang berkemampuan tetapi berpontesi untuk berjaya dalam akademik mereka, namun kerana faktor kemiskinan keluarga meletakkan mereka tidak begitu bersemangat untuk meneruskan pengajian mereka dan melalui program ini, kita berharap mampu memberikan mitovasi kepada mereka untuk terus berjaya,” tambah Jamawi.
Katanya, mereka yang dibantu ini diharapkan akan dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang mereka hadapi bagi membolehkan mereka dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat unversiti dan ini merupakan pelaburan jangka panjang bagi membantu mengeluarkan keluarga mereka dari garis kemiskinan yang sebenarnya.
Selain program ini, Jamawi berkata dalam usaha pergerakan itu memperkasakan mutu pendidikan dan pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik mereka, pelbagai program telah dan akan diadakan seperti motivasi, seminar di samping bantuan kepada beberapa buah sekolah yang mengadakan program untuk memperkasakan mutu pendidikan di daerah ini.

LEGASI BUDAYA JAWA DI SABAH



BANGGA.....Ajirin bersama Penari Ronggeng.
Oleh: SHAIMON S JUAMDI Foto : SAFFIE S JUMADI
KEBUDAYAAN dan adat resam bangsa Jawa di Sabah khususnya di Sandakan hampir pupus di mata masyarakat umum, walaupun populasi Jawa di Sabah in memang ramai sehingga berjaya mewujudkan kampung-kampung jawa yang telah diikhtiraf oleh kerajaan di beberapa daerah.
Antaranya wujud kampung-kampung Jawa sejak di zaman British lagi sehingga di zaman pemerintahan USNO dan BERJAYA seperti di Tawau Kg Jawa Merotai Besar; Merotai Kecil; Kampung Jawa Kuhara; Kampung Jawa Sungai Burut dan Kampung Jawa Bumbalai, di sebelah pula Sandakan Kampung Jawa Sungai Batang; Kampung Jawa Gum-Gum, Kampung Jawa I dan Kg Jawa II di Jalan Sungai Manila; Kampung Jawa Tanjung Aru; Kg Jawa Lahad Datu, Kampung Jawa LangKon dan banyak lagi kampung-kampung jawa wujud di beberapa daerah di Sabah ini.
Ada resam jawa seperti kenduri gunakan ambeng, sajen dan kahwin ikut adat jawa di Sandakan mungkin masih diamalkan di dua buah kampung yang masih mengamalkan adat istiadat sebegini ini; tidak seperti di Johor, Perak dan Selangor kerana orang Jawa di sana masih kuat dan mengekalkan budaya dan adat resam mereka.
Ajirin Bin Kasirin semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net di Lapangan Terbang semasa majlis sambutan Sandakan festival menjelaskan, cuma yang masih kekal 90 peratus ialah masakan Jawa seperti pecal, gadoh-gadoh, petes, rempeyek, tempe, bakso, sate, getuk, bergedel, lontong, sambel lodeh, semur daging atau semur jengkol.
Sementara dodol, kuih kelpon, kuih gembelong ini semuanya sudah lenyap bila kebanyakan orang tua Jawa yang di bawa masuk oleh British dan Jepun; lantas kurang mewarisi budaya ini.
“Kebudayaan Jawa seperti tarian jaipong, ketopra, kuda kepang (Jaran Kepang) dan ronggeng ini hampir pupus kerana tiada generasi mahupun keturunan Jawa yang ada mempertahankan kebudayaan ini,” ujar Ajirin.
Kata Arifin, beliau adalah generasi Jawa yang keempat dan bermula daripada moyangnya, terus kepada arwah Kakek Kardi, bapanya Kasirin dan sebelum kakek saya meninggal, dia berpesan agar adat resam dan budaya Jawa jangan sekali-kali dilenyapkan. Budaya ini harus diwarisi turun menurun dan diketengahkan agar adat resam tidak mati ditelan zaman.
“Pada mulanya memang sukar untuk memanggil keturunan Jawa yang ada di beberapa kampung Jawa di sini, tetapi syukur Al-hamdulliah dengan berkat bantuan kawan-kawan yang bersemangat mahu memperjuangkan adat resam dan kebudayaan Jawa di persada masyarakat umum, akhirnya kita berjaya mengumpul remaja-remaja Jawa di Kampung Sungai Batang.
Setelah berjaya membentuk Persatuan Jawa Kg Sungei Batang, Batu 10, Jalan Labuk Sandakan pada tahun 2009 kami dapat sedikit bantuan untuk menumbuhkan tarian Jawa dan Kuda Kepang” jelasnya.
“Dalam jangka masa setahun, persatuan tarian kamu sering mendapat jemputan dari luar daerah ini seperti dari Kudat, Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau untuk mempersembahan tarian-tarian Jawa di majlis-majlis rasmi kerajaan dan NGO,” jelasnya
Kata Ajirin lagi, di Sandakan, memang wujud Persatuan Kebudayaan Jawa Sandakan yang diketuai oleh Hj Marzuki Hayat tetapi masih di peringkat proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) .
Sebagai Pengerusi Persatuan Jawa Kg Sungei Batang, Ajirin berharap ramai di kalangan keturunan Jawa di negeri ini yang mempunyai kedudukan tinggi di kerajaan negeri dan persekutuan; agar sama-sama tampil untuk menaikkan martabat bangsa Jawa dalam pelbagai aspek terutama, sekali mewujudkan Persatuan Jawa Sabah, agar setaraf dengan bangsa-bangsa Jawa di Semenanjung yang begitu popular dalam adat resam dan kebudayaan yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini..

[CREDIT: SabahKini]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...